Friday 30 November 2012

TANDA BACA

Salam sejahter.
Mari tonton video TANDA BACA.





KATA GANTI NAMA DIRI

Salam sejahtera.
Mari tonton video KATA GANTI NAMA DIRI.




KATA SERU

Salam sejahtera.
Mari belajar KATA SERU.

=> Kata seru digunakan untuk melahirkan atau menunjukkan perasaan seseorang.

Contoh dan penggunaanya :

-> Aduh - untuk menyatakan perasaan sakit.

-> Aduhai - untuk melahirkan perasaan sedih.

-> Ah - untuk menyatakan bantahan, kehairanan, keluhan, dan kerungsingan.

-> Amboi - untuk menyatakan perasaan kagum dan hairan.

-> Cis - untuk menyatakan perasaan marah, benci, geram atau mengejek.

-> Eh - untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut.

-> Hai - untuk menyapa atau menarik perhatian.

-> Nah - untuk menyatakan perasaan marah atau memberikan sesuatu.

-> Oh - untuk menyatakan hairan, kecewa, atau terkejut.

-> Syabas - untuk menyatakan perasaan gembira.

-> Wah - untuk menyatakan perasaan hairan, kagum atau terkejut.

-> Wahai - untuk menyatakan perasaan sedih atau menarik perhatian.

Ayat contoh:

a) Aduh, sakitnya seluruh badanku! 
b) Aduhai, malang sungguh nasibku hari ini!
c) Ah, seganlah aku!
d) Amboi, wanginya kamu hari ini!
e) Cis, pergi engkau dari sini!
f) Eh, ingatkan siapa tadi!
g) Hai, seorang saja! 
h) Nah, ambillah duit ini!
i) Oh, di sini kamu rupa-rupanya!
j) Syabas, kamu telah menang!
k) Wah, tebalnya buku ini!


L) Wahai, sahabat-sahabatku, hormatilah orang tua!





KATA TANYA

Salam sejahtera
Mari belajar KATA TANYA.


=> Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu bagi mendapatkan jawapan atau kepastian.

=> Penggunaan kata tanya akan membentuk ayat tanya.

=> Kata tanya biasanya hadir bersama-sama kata sendi, partikel-kah, dan kata sandang "yang" .


Contoh penggunaanya :

-> Apa - untuk menanyakan benda, binatang, perkara.

-> Bagaimana - untuk menanyakan cara, keadaan, suasana.

-> Berapa - untuk menanyakan jumlah, harga atau bilangan.

-> Bila - untuk menanyakan masa dan waktu.

-> Mana - untuk menanyakan tempat atau kedudukan.

-> Mengapa/ kenapa - untuk menanyakan sebab atau alasan.

-> Siapa - untuk menanyakan orang atau nama orang.


Ayat contoh :

a) Apakah yang sedang kamu lakukan?
b) Bagaimanakah keadaan ibu kamu?
c) Berapakah harga sekilo ikan ini?
d) Di manakah rumah pakcik Samad?
e) Mengapakah kalian tidak pulang lagi?
f) Siapakah yang akan merasmikan majlis itu? 


KATA GANDA

Salam sejahtera.
Mari belajar KATA GANDA.


=> Terbentuk daripada kata yang digandakan sebahagian atau seluruhnya.

=> Dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

I) Kata ganda penuh
   -> Proses menggandakan keseluruhan kata.
   -> jaring-jaring, kurus-kurus, lagu-lagu.

II) Kata ganda separa
   -> Proses menggandakan sebahagian kata.
   -> rerumput, jejentik, lelayang, tetupai

III) Kata ganda berentak
  -> Proses menggandakan kata berdasarkan rentak bunyi tertentu.
  -> bengkang-bengkok, hingar-bingar, gopoh-gapah, desas-desus, kacau-bilau

Ayat contoh:

a) Adik membeli bebola ikan di pasar malam.
b) Rumah-rumah setinggan itu musnah dijilat api.
c) Perompak itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh polis.


KATA HUBUNG

Salam sejahtera.
Mari belajar KATA HUBUNG.


=> Kata hubung digunakan untuk menghubung dan menggabungkan kata, frasa atau ayat untuk membentuk satu ayat yang lenih bermakna.

=> Terbahagi kepada tiga iaitu :

-> Gabungan - serta, malahan, tetapi

-> Pancangan - semoga, ketika, jikalau

-> Berpasangan - entah....entah, walaupun....tetapi, daripada...lebih baik

Ayat contoh ;

a) Zura mengelap tingkap manakala adiknya membuang sampah.
b) Kian lama kian lebat pula hujan turun.


KATA ADJEKTIF

Salam sejahtera.
Mari belajar KATA ADJEKTIF.

=> Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.

=> Kata ini digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama.

=> Terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

-> Sifat / keadaan - curiga, sihat

-> Warna - ungu, putih, perang

-> Ukuran - renek, rendah

-> Bentuk - lekuk, lurus, bulat

-> Pancaindera - payau, tawar

-> Jarak - rapat, hampir, sisi

-> Cara - selalu, laju, perlahan

-> Perasaan- marah, malu

-> Waktu- lampau, suntuk, awal 

Ayat contoh:

a) Air di dalam gelas itu telah beku.
b) Dia amat rindu akan keluarganya.

=> Kata adjektif juga boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling bagi mengukuhkan penyampaian maksud.