Sunday 4 November 2012

TANDA BACA

Salam Sejahtera.
Mari belajar TANDA BACA.

* Tanda baca digunakan untuk menentukan keberkesanan penyampaian mesej bertulis.
* Terdapat pelbagai tanda baca dan kegunaannya.

Contoh:
-> Huruf Besar - digunakan bagi huruf pertama di pangkal ayat dan kata nama khas.
Ayat contoh : 
i) Abang Fauzi belajar di Universiti Utara Malaysia.
ii) Cikgu Sufian mengajar Matematik di kelas Tiga Amanah.
iii) Ayah membeli Proton Alza.



-> Tanda noktah (.) - digunakan pada akhir ayat dan akhir kata singkatan.
Ayat contoh : 
i) Jangan bermain di tepi sungai itu.
ii) Adik leka mendengar cerita nenek.
iii) Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang keempat.




-> Tanda Koma (,) - digunakan untuk memindahkan unsur dalam ayat dan perkataan yang sama jenis.
Ayat contoh :
i) Sakinah, Nani dan Ravi berkawan sejak kecil.
ii) Ibu membeli sayur, ikan dan sotong di pasar.
iii) Bilik tidurnya dilengkapi almari, meja, televisyen, dan katil.



-> Tanda Tanya (?) - digunakan pada akhir ayat tanya.
Ayat contoh : 
i) Bilakah dia sampai?
ii) Mengapakah kita perlu menghormati orang yang lebih tua?
iii) Berapakah harga buku ini?




-> Tanda Seruan (!) - digunakan pada akhir ayat seruan.
Ayat contoh :
i) Cis, berani kau mengambilnya dari aku
ii) Wah, cantiknya baju kamu!
iii) Amboi, cantiknya kasut kamu!




-> Tanda Sempang (-) - digunakan bagi kata ganda.
Ayat contoh :
i) Mereka membawa buah-buahan ke rumah nenek.
ii) Sayur-sayuran itu segar belaka.
iii) Rama-rama itu berterbangan.



-> Tanda Pengikat Kata ( "..." ) - digunakan bagi cakap ajuk.
Ayat contoh : 
i) "Kenapa kamu bergaduh," tanya cikgu kepada Zaki dan Muthu.
ii) "Terima kasih cikgu," kata murid tahun Empat Biru.
iii) "Maafkan saya kerana terlambat," kata Rajini kepada Salmah.


15 comments:

  1. terima kasih cikgu blog ni dah byk m'bantu saya .

    ReplyDelete
  2. cikgu , blog cikgu banyak membantu saya dalam pelajaran :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas ilmu yang diberi.

    ReplyDelete
  4. Ayat koma "," ketika menaip perlukah didekatkan dengan perkataan atau dijauhkan? Contoh sebuah sekolah, rumah... atau sekolah , rumah ..... yang mana betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd Roshidi.Terima kasih diatas komen anda.Tanda koma "," dalam ayat hendaklah dirapatkan dengan perkataan yang sebelumnya. Contohnya: Ibu membeli ikan, sayur, dan daging di pasar.

      Delete
    2. Terima kasih atas penjelasan tersebut.

      Delete
  5. Blog cikgu sangat menarik. Para guru dan murid boleh melayari blog ini kerana terdapat banyak maklumat dan nota bahasa Melayu yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  6. Blog cikgu telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan bahasa Melayu. Nota -nota di dalam blog ini juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam penguasaan tatabahasa.

    ReplyDelete
  7. Yang manakah tanda pengikat yang betul '.....' atau ".....".

    ReplyDelete
  8. cantik n comelnya blog..anak saya suka tengok blog cikgu.terima kasih

    ReplyDelete
  9. Saya mohon copy pelajaran diatas yea...cikgu. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  10. Saya mohon copy pelajaran diatas yea...cikgu. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu dan selamat hari raya. Saya ingin mendapatkan penjelasan berkenaan penggunaan tanda (,). Dalam 3 contoh ayat yang Cikgu berikan bagi penggunaan tanda (,) di atas, Cikgu telah menggunakan tanda (,) dalam ayat ke 3 sebelum perkataan 'dan' tetapi tidak pada ayat pertama dan kedua. Boleh Cikgu jelaskan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. izinkan saya gunakan nota Puan sebagai panduan kepada anak murid saya. Terima kasih

    ReplyDelete