LATIHAN DALAM KELAS

Salam Sejahtera.
Mari sama-sama kita membuat latihan.


-Kata Kerja-

Garisi kata kerja yang betul.

1. Letchumy sedang (terkenang, termenung) di tepi tingkap rumahnya.

2. Kita perlu bekerjasama dalam usaha (memelihara,memimpin) alam sekitar.

3. Eng Keong dan kawan-kawannya telah berjaya (mendarat,mendaki) Gunung Kinabalu.

4. Penduduk Kampung Tanjung Emas cemas apabila melihat rumah mereka (dihujani, dinaiki) air.

5. Basri jatuh (terlentang, terhentam) apabila terpijak kulit pisang.

6. Guru besar (berucap, tidur) dalam majlis Hari Penyampaian Hadiah.


Jawapan- 1.termenung  2.memelihara  3.mendaki  4.dinaiki  5.terlentang  6.berucap



-Kata Ganda-

Isikan tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.


              huru-hara                                  sesiku                               karut-marut 

                                    ulang-alik                                calar-balar


1. Pak Samad menggunakan _____________ untuk mengukur sudut tepat pada kayu itu.

2. Kami tidak suka mendengar ceritanya yang _____________ itu.

3. Ayah _____________ ke pejabat dengan menunggang motosikal.

4. Badan Ina ____________ kerana terjatuh dari basikal semalam.

5. Negara itu menjadi _______________ kerana dilanda peperangan.


Jawapan- 1.sesiku  2.karut-marut  3. ulang-alik  4.calar-balar  5.huru-hara



-Kata Tanya-

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang betul.


              Apakah               Ke manakah                     Bilakah                  Bagaimanakah 

                       Siapakah          Mengapakah           Di manakah             Berapakah



1. ______________ perlawanan hoki peringkat kebangsaan akan bermula?

2. ______________ orang ramai digalakkan untuk menjimatkan elektrik di rumah mereka?

3. ______________ yang akan merasmikan Majlis Anugerah Murid Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Melewer?

4. _____________ nama planet yang paling jauh dalam sistem suria?

5. ____________ keadaan mangsa kebakaran di Taman Mas?

6. ____________ ibu menyimpan barang permainan adik?

7. ____________ dia menghilangkan diri?

8. ____________ harga tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak itu?



Jawapan- 1.bilakah  2.mengapakah  3.siapakah  4.apakah  5.bagaimanakah  6.di manakah
                7.ke manakah   8.berapakah


-Kata Seru-

Isi tempat kosong dengan kata seru yang paling sesuai.


                    Wahai                    Cis                         Nah                            Syabas 

             Amboi        Eh             Aduh              Wah             Aduhai


1. _____________, berpinar-pinar mata saya terkena sinaran matahari!

2. _____________, merahnya lipstik yang kamu pakai!

3. _____________, kamu telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan itu!

4. ____________, kamu datang juga rupa-rupanya!

5. ____________, cantiknya permandangan di sini!

6. ____________, berani engkau menipu aku!

7.____________, adik-adikku ingatlah pesanan ibu bapa kita!

8. ___________, terimalah hadiah yang tidak seberapa ini!

9. ___________, kasihannya anak kucing itu!

10. __________, sakinya jariku!


Jawapan- 1.aduh  2.amboi/wah  3.syabas  4.eh  5.wah/amboi  6.cis  7.wahai  8.nah  9.aduhai     
               10.aduh


No comments:

Post a Comment