Friday, 30 November 2012

KATA KERJA

Salam Sejahtera.
Mari belajar Kata Kerja.

=> Kata kerja merujuk kepada perbuatan atau perlakuan yang dilakukan sama ada oleh manusia, haiwan, atau benda.

=> Terbahagi kepada dua jenis iaitu :

I) Kata kerja transitif
-> Kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut untuk membentuk ayat yang lengkap.
-> Objek atau penyambut kata kerja ialah kata nama.

Ayat contoh:

a) Rosli membaca buku cerita.
b) Basikal itu telah dibeli oleh Aminah.


II) Kata kerja tak transitif
-> Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut untuk membentuk ayat yang lengkap.
-> Boleh berdiri dengan sendiri.
-> Namun, kata kerja ini boleh diikuti dengan keterangan kata nama.

Ayat contoh:

a) Mereka asyik berborak di halaman rumah.
b) Ayah tidur kerana letih.
c) Amin makan dengan gelojoh kerana terlalu lapar. 


No comments:

Post a Comment